PUSAT SUMBER SMK PAYA RUMPUT
76450 MELAKA
TRANSFORMASI NILAM DALAM ERA PENDIDIKAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0
NILAM
NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
REVOLUSI INDUSTRI
Revolusi industri dalam istilah adalah satu fenomena yang dianggap lazim dalam masyarakat moden.Pada tahun 2020 dengan anggaran penduduk dunia mencecah 7.6 bilion,perkembangan semasa teknologi meramalkan 50 bilion peranti elektronik akan saling berinteraksi antara satu sama lain.Ini menunjukkan jumlah peranti yang berkomunikasi adalah melebihi jumlah manusia dengan setiap manusia memililki kira-kira 6.58 peranti elektronik.Peranti yang saling berhubungan ini menjana data raya dan pengetahuan.Kemunculan gelombang teknologi baharu yang dikenali sebagai 'The Fourth Industrial Revolution' atau Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan era 'Digital Economy' atau Ekonomi Digital yang menyebabkan kerajaan terus berusaha dalam menjayakan Dasar Digital Malaysia.