PUSAT SUMBER SMK PAYA RUMPUT
76450 MELAKA
TRANSFORMASI NILAM DALAM ERA PENDIDIKAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0
Sudut Maklumat
ROBOTIK
Robotik adalah sains dan teknologi robot, termasuk reka bentuk, pengeluaran, dan penggunaan. Robotik memerlukan pengetahuan tentang elektronik, mekanik, dan perisian. Seseorang yang bekerja di lapangan adalah sebuah roboticist. Perkataan robot diperkenalkan oleh penulis Republik Czech Karel Capek dalam lakonan ceritanya RUR (Rossum's Universal Robot) (1920), sementara perkataan robot pertama kali digunakan di cetak oleh Isaac Asimov, dalam sains fiksyen ceritanya pendek "alasan yang bukan-bukan" (1941).
Robot adalah sebuah elektro-mekanik atau biomekanik peranti yang boleh melakukan autonomi atau tugas terancang. Robot boleh digunakan untuk melakukan tugas-tugas yang terlalu berbahaya atau sulit bagi manusia, seperti sampah radioaktif bersih-bersih, atau boleh digunakan untuk mengotomatisasi tugas-tugas yang berulang-ulang mindless yang harus dilakukan dengan lebih presisi oleh robot daripada oleh manusia, seperti pengeluaran kereta .
Kata robot digunakan untuk merujuk kepada pelbagai mesin, ciri-ciri umum iaitu bahawa mereka semua mampu gerakan dan boleh digunakan untuk melakukan tugas fizikal. Robot mengambil berbagai bentuk, mulai dari humanoid, yang meniru bentuk manusia dan cara bergerak, ke industri, yang penampilan ditentukan oleh fungsi mereka untuk melakukan. Robot boleh dikumpulkan pada umumnya seperti robot bergerak (misalnya kenderaan autonomi), robot manipulator (misalnya industri robot) dan robot konfigurasi semula sendiri, yang boleh sesuai diri untuk tugas di tangan.Selain itu, Robot boleh dikawal secara langsung oleh manusia, seperti robot bom-pembuangan jauh-terkawal dan lengan robot, atau mungkin bertindak sesuai dengan keputusan mereka sendiri membuat kemampuan, yang disediakan oleh kecerdasan buatan. Namun, sebahagian robot jatuh di antara ekstrem ini, yang dikendalikan oleh komputer pra-diprogramkan.
Media Sosial kesan positif ? negatif?
Laman sosial merujuk perisian komputer yang memudahkan interaksi sesama manusia di dunia global ini. Antara contoh laman sosial yang terkenal ini meliputi Facebook, Twitter, dan juga MySpace. Generasi muda melihat laman sosial ini sebagai sumber informasi utama mereka berbanding media massa jenis biasa seperti televisyen dan radio itu. Sebenarnya, penggunaan laman sebegini mempunyai banyak impak yang harus diberi perhatian oleh semua pihak itu.
Implikasi negatif yang ketara ialah penggunaan laman sosial tanpa kawalan akan membuang masa seseorang individu tersebut sahaja. Ada ahli masyarakat kita terutamanya remaja yang begitu asyik dengan teknologi ini lalu menghabiskan masa yang berjam-jam untuk melayan semua bahan yang ada di laman tersebut. Situasi ini apabila tidak dikekang dengan efektif boleh menyebabkan seseorang itu membazirkan masa di pejabat dan juga di sekolah secara sia-sia. Maka, laman sosial bolehlah dikatakan sebagai punca masyarakat kita membazirkan masa tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah itu.
Selain itu, keburukan laman ini juga dikaitkan dengan amalan pendedahan hal peribadi seseorang tersebut. Banyak pihak yang tidak berpuas hati dengan orang lain telah mendedahkan pelbagai kelemahan individu yang dibenci itu dengan tujuan untuk memalukan mereka. Tindakan negatif sebegini telah menjadi satu kebiasaan dan membawa kes jenayah apabila mangsa yang dimalukan itu membuat laporan polis pula. Lantaran itu, ada pihak yang mahu supaya laman sosial dikawal dengan lebih ketat supaya amalan mendedahkan hal peribadi tidak menjadi kebiasaan pula.
Tambahan pula, ada pengguna laman sosial ini mencetuskan isu sensitif yang berupaya menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan masyarakat majmuk. Sudah banyak tulisan berunsur perkauman dan mengkritik dasar kerajaan yang disiarkan menerusi laman sosial ini lalu menimbulkan kemarahan pihak berkuasa. Kehidupan masyarakat kita yang berbilang kaum begitu mudah terganggu dek kritikan yang berunsur perkauman itu lalu membawa pergaduhan besar pula. Sesungguhnya, laman sosial ini boleh mencetuskan sesuatu isu sensitif itu sehingga sukar dikawal dan membawa kemusnahan yang besar.
Namun, kajian juga membuktikan bahawa laman sosial ini memiliki impak positif seperti menjadi persada masyarakat meluahkan perasaan mereka itu. Kehidupan zaman moden ini banyak tekanan seperti tekanan kehidupan kebendaan dan tekanan untuk berjaya di sekolah yang menjejaskan kesihatan perasaan individu tersebut. Kewujudan laman sebegini memudahkan masyarakat untuk menulis tentang keresahan jiwa mereka lalu mengubati kemurungan tersebut. Jadi, masyarakat boleh mendapat ketenangan jiwa apabila meluahkan perasaan mereka menerusi penulisan di laman sosial tersebut.
Malah, masyarakat yang sering melayari laman sosial akan memiliki kenalan yang banyak tanpa disedari oleh mereka itu. Laman sosial menerima pendaftaran semua ahli masyarakat di dunia ini tanpa ada sebarang sekatan yang menyebabkan sesiapa sahaja boleh menghubungi mana-mana pihak yang mereka kehendaki itu. Situasi inilah yang menyebabkan pengguna laman tersebut memiliki beribu-ribu sahabat dengan satu sentuhan jari sahaja. Ringkasnya, laman sosial boleh digunakan sebagai alat untuk memperoleh lebih banyak kenalan di dunia ini.
Kesimpulannya, semua implikasi yang dibentangkan tadi membuktikan laman sosial memiliki kesan positif dan negatif. Semua pihak terutamanya ibu bapa perlulah mengubah persepsi mereka terhadap penggunaan laman sosial kerana sekali air bah sekali pantai berubah yang membuktikan perubahan itu akan berlaku mengikut zaman. Remaja pula hendaklah bijak menilai penggunaan laman sosial ini supaya mereka tidak menggunakannya dengan cara yang tidak baik itu. Sudah sampai masanya semua pihak merenung dan memahami bahawa laman sosial akan terus wujud dan digunakan oleh masyarakat sejagat.
Obesiti
Obesiti, satu terma yang selalu kita gunakan untuk merujuk kepada individu yang berbadan gemuk. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui apakah maksud sebenar obesiti dan bagaimana ia boleh berlaku.
Penyakit ini terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius tidak mengira jantina, bangsa ataupun umur.
Tahukah anda, negara kita Malaysia mempunyai peratusan rakyat dengan masalah obesiti ataupun berat badan berlebihan yang tertinggi di Asia?
Siapa Yang Tergolong Dalam Obesiti
-
Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal
-
Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya
-
Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI)
-
Mengalami beberapa penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi
-
Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang meskipun sudah mengamalkan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan.
Punca Obesiti
-
Pemakanan yang tidak sihat iaitu pengambilan karbohidrat serta lemak yang tinggi.
-
Tidak bersenam akibat kesibukan bekerja dan banyak menghabiskan masa duduk di depan komputer serta menonton televisyen. Senaman sangat perlu untuk membakar kalori dalam tubuh badan.
-
Tidak mendapat tidur yang secukupnya dan ia meningkatkan peratus untuk menjadi obesiti sebanyak dua kali ganda.
-
Penyakit-penyakit metabolisme endokrin seperti kekurangan atau terlebih hormon pertumbuhan kortisol. Sekiranya kekurangan hormon thyroxsin atau kekurangan hormon lelaki (testosteron) seseorang boleh mengalami masalah berat badan berlebihan.
Kesan Obesiti Yang Merbahaya
-
Mempunyai risiko tinggi menghidap pelbagai penyakit seperti :-
-
Jantung tersumbat
-
Darah tinggi
-
Kencing Manis
-
Gout
-
Masalah pernafasan atau lebih dikenali sebagai Sleep Apnea
-
Kanser
Kesimpulan
Obesiti bukan sahaja mempunyai kesan daripada segi kesihatan (penyakit) tetapi dari aspek psikologi juga. Masyarakat sering memandang rendah terhadap mereka yang mempunyai badan gemuk dan sering dilabelkan sebagai pemalas. Memang ia satu kenyataan yang pahit untuk ditelan tetapi itulah hakikatnya.